Rintihan Stayer..



Assalamualaikum..
siapa stayer??
stayer??

apa tu??
ermm..
stayer ni kata2 budak kisas..
kpd penyambung tarbiyah bumi waqafan..
yg buat keputusan untuk stay di bumi waqafan..
selepas SPM..
...
x de ke sahabat yg nak stay??
huh..
x pe la..
walau apa pun yg terjadi..
walau badai dtg melanda..
walau bercerai jasad dan nyawa..
walau ombak menghempas pantai..
aku tetap aku..
dan aku tidak akan menjadi org lain..
tiba2 teringat pula syiar kolej islam..

'Maka tetaplah(istiqamah) kamu diatas jalan yang telah kamu diperintahkan'.

dan aku..
akan tetap pada jalan yg telah aku pilih..
ya Allah..
bantu la aku..
kuatkanlah tekadku..
agar aku dapat mengharungi segala ujian..
...
tiba2..
ada seorg sahabat bertanya..
hang isi jpa ke mara??
...
arghh...
kenapa la tanya aku soalan tu..
memang aku teringin nak isi..
tp..
aku dah ada tempat..

sori la..
soalan hang tu x de jawapan..
...
lama aku menyendiri..
tinggalkan alam maya yg sering aku lawati..
bukan kera sumbang..
tp aku takut..
takut terpengaruh..
dgn dakyah biasiswa..
aku x kuat..
...
buka saja fb..
macam2 aku lihat..
mara..
jpa..
petronas..
tnb..
khazanah..
hati kecilku berkata..
apa kata klu try apply..
mesti best klu dapat..
eh..
x nak la..
dok kisas lg best..
ada masjid..


ada tempat mengadu kasih..
bukan apa..
cikgu kisas ni unik..
cerita apa masalh sekalipun..
pasti die dgr dan nak tolong..
silap2 die anggap kita macam anak die..
nak apa pun dapat..
hehe..



yg lg best..
nnti ada adik2..
diorg mesti suka kat stayer..
belanja makan NTD la..
ajak berbual sampai pagi la..
dan yg paling best..
dapat tahajud kat masjid sebelah..
sunyi sepi..
boleh mengalir air mata..
klu nak rasa..
mai la stay..
huh(sedih)
...

tp kan..
klu stay..
ada satu keunikan kisas yg pudar..
FRIENDS..
nnti bila dok kisas..
setiap malam pasti teringat kawan2 lama masa form5..
gelak ketawa di kisas..
sedih..
semua tu hanya tinggal kenangan..
bg stayer..
bergerak ke stiap sudut kisas..
pasti terasa nak menangis..
dulu ni la kelas aku masa form 5..
terlihat bayang2 lama..
pasti menitis air mata..
dulu ni la tempat aku study masa form 5..
dgn sahabat2..
tp skarang..
adik2 aku pula yg kelihatan..
wajah sahabatku semua hilang ditiup angin malam..
sedar2 hujan airmata membasahi cermin mataku..
segera kukesat..
huh..
...
malam2 ku hanya ditemani adik2..
keseoranganku sekadar menggapai memori lalu..
namun kusedar..
perjalananku masih panjang..
kehidupan mesti diteruskan..
biarpun ianya sepahit hempedu..
dan akan ku sematkan..
dalam hati nuraniku..
hari ini adalah milikku..
akanku tinggalkan masa lalu..
tenggelam seperti matahari..
aku tidak akan pernah menangisi pemergianmu..
dan engkau wahai masa lalu..
engkau tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun..
hanya untuk mengingatimu..
kerna aku tahu..
engkau telah meninggalkanku..
dan engkau tidak akan kembali..
aku yakin..

-sekadar rintihan buat diri yg merintih-




 

Cinta..


cinta??
ada apa dgn cinta??
...
Dan terkadang kecintaan memelikkan kita.
Mengapa mudah kita tertaut hati pada seseorang itu?
Hanya pada pandangan pertama.
Begitu mudahnya aku menyintai seseorang.
Begitu juga dalam jalan dakwah ini.
Kita akan mudah terjatuh cinta.
Banyak kali
Cinta pada mereka yang memberikan kita rasa faham ini.
Dan cinta kepada mereka yang kita berikan rasa faham ini.
Ia adalah tautan hati
Yang sukar dimengertikan.
Perasaan yang sukar
Dinukilkan dengan lukisan kita
Begitulah besarnya erti cinta pada dakwah ini.
Ia menolak kehendak diri untuk memberi sebuah erti
Jauh dirasakan dekat
Sering bersama tidak mendatangkan kebosanan
Ianya bahagia tiada tara!
Ia mengajar erti untuk tidak berhenti dalam memberi
Ia menolak diri untuk sentiasa mengorbankan diri
demi insan yang baru sahaja dikenali
kerana ikatan hati itu
bertahkik pada cinta Ilahi
( aku dan dia, mengalami rasa yang sama; mudahnya hati ini tertaut dan menyukai manusia. Kerana itu, takutnya apabila dialirkan cinta itu pada yang bukan berhak)
Kerana dakwah dan islam,
sentiasa menyatukan hati kita,
Menjadikan kita sentiasa jatuh cinta sesama kita,
Setiap masa.
Mudahnya dakwah ini menjadikan kita
Untuk jatuh cinta!
Kerana Allah: Dialah yang meng'allaf'kan hati2 kita!

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (anfal : 63)
"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada',tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:"Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih."♥
.....
perihal cinta ini..
ana ambil di i luv islam..
bukan cinta lelaki dan perempuan..
sekadar cinta sesama insan..


-peringatan buat yg bercinta-

 

Ujian..



Assalamualaikum..
lama kan x jumpa??
semua sihat??
harapnyer semua sihat la...
...
ana terpanggil untuk menulis semula..
bukan ape..
spm baru sahaja diumumkan..

ada yg gembira..
ada juga yg putus asa..
ad juga yg buat saja je..
x kesah la..
tp yg penting..
tulisan kali ni..
khusus buat diri yg putus asa..
moga2 antum mendapat jalan keluar..
...
seringkali bila kita susah..
kita akan tanya..
kenapa aku diuji??
kenapa??

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(surah al ankabut,2)

sbb apa perlunya ujian??
sbb apa??

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).
(surah almulk,2)

habis macam mne klu kita dpt kputusan spm x baik??
saya x suka la bang..
sedih kot..
kawan2 sume dapat cemerlang..
...
ingatlah bahawa setiap perkara tu adalah ujian Allah..
kadang2 bende yg kita x suka tu..
barangkali baik utk kita..

boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(surah albaqarah,216)

sbb tu..
klu boleh..
sematkan dalam hati..
setiap kali apa yg kita dapat..
atau kita hadapi..
katakan la..
'sesungguhnya Allah lebih tahu apa yg terbaik untukku'
dgn ini akan melahirkan rasa sabar dalam diri..

Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.
(surah az zumar,10)

lpas ni jgn putus asa lagi..
boleh x??
insyaallah..
cuba renungi jawapan nabi musa kpd pengikutnya..

“Sesungguhnya Tuhanku bersamaku(dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Dia memberi petunjuk kepadaku”.
(surah as syuara',62)

begitu juga perkataan nabi SAW..
dalam gua ketika hijrah..

“Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”.
(surah at taubah,40)

klu boleh..
lpas ni jadikan la ucapan tersebut..
sbg ucapan kita ketika susah dan senang..
semoga mendapat petunjuk dr Allah..
..
harapnyer ilmu yg sedikit ini memberi banyak manfaat..
sbbnyerr..

Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali karena tiga hal, sedekah jariyah, ilmu yg bermanfaat dan anak soleh yg mendoakannya.
(riwayat muslim)

-peringatan buat diri yg duka-
 

Senyumlah..




Assalamualaikum..
dah senyum belum hari ini??
belum!!
knapa x senyum??
x tahu!!
x pe..
nanti ana suruh sorang pak cik ni ajarkan..
belajar la dr die..


macam mne??
dah pandai senyum belum??
klu dah bgos la..
bukan apa..
senyum tu kan pengubat duka..
jadi..
senyumlah selalu..
supaya hati sentiasa gembira..
..
laa..
mne boleh senyum bang..
saya tgh sedih ni..
baru lepas kene tegur..
knapa pula x boleh senyum??
bukan ke setiap penyakit tu ada ubatnya..
penawar kpd penyakit..
adalah lawan kpd penyakit..
so lawan kpd sedih kan gembira..
mcm mne nak gembira??
senyumlah..
pasti kamu akan gembira..
yg dah lpas tu biarkanlah ia pergi..
yg penting teruskan sisa hidup yg ada..
jadikan hari ini hari paling gembira..
gembira dgn senyuman..
hehe..
...
antum nak tahu satu fakta x??
jap ae..

"Saya belum pernah melihat seorang pun yang paling banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Riwayat Ahmad).

wow..
hebatnye Rasulullah..
sebanyak mana pun masalah yg ditanggung..
baginda tetap menguntumkan senyuman..
klu nak dibandingkan dgn kita..
baru kene tegur ckit..
dah x nak senyum..
...
cuba lihat Rasulullah..
pernah suatu ketika..
seorang arab badwi mendatangi baginda..
lelaki tersebut menarik serban baginda dgn kasar..
sehinggakan anas b. malik melihat kesan melecet di leher baginda..
Rasulullah menoleh..
lantas terbit senyuman di bibir baginda..
lalu Rasulullah mengarahkan agar arab badwi itu diberi hadiah..
...
lepas ni..
ana x nak tgk lagi antum masam muka..
boleh x??
boleh bang..
ana x nak antum senyum kerana terpaksa..
klu antum nak tahu..

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

jadi..
sedekah la selalu..
dan..
ana nak antum sematkan dalam hati..
bahawa senyuman antum adalah untuk org lain..
'senyumanku adalah untukmu'
'senyummu kerana senyumanku'







 

Sahabatku..


Assalamualaikum..
nak tanya apa hari ini??
ana pun x tau la..
ana nak tanya antum pun takut..
antum sume org hebat..
berpendidikan tinggi..
ana ni siapa la..
sekadar manusia biasa2..
..
tp walau apa pun..
ana seronok bersahabat dgn antum sume..
banyak perkara ana dapat..
pujian..
teguran..
nasihat..
semuanya berguna..
terima kasih banyak2..


bila sebut pasal sahabat..
ana teringat satu hadis..

"Seseorang itu atas agama (perjalanan) sahabatnya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa harus di pilih menjadi sahabat."
(Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan al-Hakim)

ana syukur sangat2..
dapat sahabat seperti antum..
bukan senang hendak mencari sahabat..
sesetia Abu Bakar..
sentiasa ada waktu senang dan susah..
sentiasa menegur bila salah..
menghibur bila resah..
berhubung bila berpisah..
membantu bila bermasalah.
namun diri ini sedar..
masih banyak kekurangan..
lantas tegurlah sbg seorng sahabat..
..
terkadang diri ini marah..
bukan kerana isinya..
tp kerana caranya..
tegurlah dgn cara berhemah..
agar lebih murni persahabatan ini..
...
terkadang diri ini diam..
bukan menyimpan dendam..
tp teguranmu telah masuk ke lubuk dalam..
pengajaran kpd diri yg kejam..
...
diri ini sedar..
hanya insan biasa..
yg x punya apa2..
tp diri ini ada impian luarbiasa..
maka..
diri ini perlukan sahabat..
kekalkan la persahabatn yg sedia ada..
moga2 bertemu di syurga..
...
untuk akhirnya..
ana doakan semua sahabat ana..
berjaya dunia akhirat..




 

Hari Ini...


Assalamualaikum..
knapa sedih je semua??
ada masalah ke??
dah2..
jangan nak sedih2..
yang dah lepas biarkan ia pergi..
yang penting sekarang..
antum perlu syukur..
kerana hari ini masih ada untuk antum..


bila sebut hari ini..
ana teringat satu peristiwa ketika di kolej islam..
ana dan sahabat2 bangunkan adik2..
waktu tu jam 3 pagi..
kami sume buat explorace utk adik2..
waktu tu ana kene jaga satu checkpoint..
checkpoint tu diberi nama 'hari ini'..
sbb tu ana rse nak kongsi dgn antum..
tentang hari ini..
...
maka bermulalah bicara ana kepada adik2..

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan
apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.
Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

hari yang saat ini angin bertiup..
bayu sejuk menyapa antum..
membuatkan antum rasa nyaman..
itulah hari antum..
maka manfaatkanlah hari itu sebaiknya..
anggaplah bahawa hidup antum hanya hari ini sahaja..
dan pada hari inilah..
antum bertekad merpersembah solat yg paling khusyuk..
membaca dan memahami al quran secara mendalam..
merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati..
menitipkan keindahan dalam akhlak..
menghadirkan keredhaan dengan semua yg Allah berikan..
memelihara indahnya kehidupan..
meminta keampunan dr berbagai dosa yg dilakukan..
mengingati Allah dgn banyaknye..
mempersiapkan diri untuk pergi 'jauh'
dan banyak lagi kebaikan untuk ditanam pada hari ini..
sbb itu ada kata pepatah..


Siapa yang menanam, Dia yang akan menuai.


untuk hari ini..
antum harus mulai membahagi waktu..
jadikanlah setiap minit antum..
seakan ribuan tahun..
dan setiap detik antum seakan ratusan tahun..
jangan lupa..
ukirlah sebuah tulisan dalam hati antum..

HARI INI MILIKKU

seandainya antum berpegang pada prinsip..
masa hidupku hanya pada hari ini..
maka itu akan membuat antum berkata dalam hati..
..
hanya hari ini sahaja..
aku brkesempatan mengatakan yg baik2 sahaja..
tidak bercakap kotor..
tidak pernah mencela..
tidak mengherdik..
tidak membicarakan keburukan orang lain..
..
hanya hari ini sahaja..
aku berkesempatan mengemas rumah..
supaya tidak kelihatan serabut..
...
dan hanya pada hari ini sahaja aku akan hidup..
maka..
aku akan memastikan kebersihan tubuhku..
kerapian penampilanku..
kesopanan tutur kataku..
dan kebaikan tindak tandukku..
..
kerana hanya hidup hari ini..
maka..
aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Allah..
mengerjakan solat sesempurna mungkin..
membekali dgn solat2 sunat..
berpegang teguh dgn al quran..
mengkaji dan mencatat segala bermanfaat yg ad dalamnya..
..
aku hanya akan hidup hari ini..
kerana itu aku akan akan menanam dlm hatiku segala nilai mulia..
aku cabut darinya pohon2 kejahatan..
dan mematahkan segala ranting2 berduri..
spt takabbur..
ujub..
riyak..
dan buruk sangka..
...
hanya hari ini..
aku dpt menghirup udara kehidupan..
maka..
aku akan berbuat baik manusia..
menghulurkan tangan kpd sesiapapun..
menziarahi yg sakit..
menghantarkan jenazah..
menunjukkan jalan yg benar bg org yg tersesat..
memberi makan kpd yg kelaparan..
membantu org yg dizalimi..
mengasihi anak yatim..
menyayangi binatang..
menghormati org alim..
dan berbakti kpd ibubapa..
..
semua itu akan kubuat hari ini!!!
..
begitulah bicaraku kpd adik2 ku di kisas suatu masa dahulu..
yg kupetik dr buku dr aidh b. abdullah al qarni..
semoga ia menjadi prinsip kita bermula hari ini..
-peringatan buat diri yg leka-

 

Syukur..




assalamualaikum..
apa khabar iman??
bertambah ke berkurang??
soalan ni antum sendiri jawab la dalam hati..
cumanya..
ana harap biar la bertambah..
...
ana nak tanya antum sume boleh x??
klu boleh jawab la boleh..
jgn la diam sahaja..
ana sbenarnya nak tanya..
pernah x antum tengok org menangis bila nak makan??
setiap kali nak makan mesti menangis..
pernah x??
ha??
menangis masa makan??
knapa nak menangis pula??
bukannya x dpt makan..
klu x dpt makan lain la..
cer citer knapa die menangis??
baik lah ana akan ceritakan..
..
sbenarnya ada kisah seorang ulama yg sangat zuhud dan alim..
die mempunyai ramai anak murid..
satu hari..
die makan bersama anak2 muridnye..
tok guru ni pun duduklah di meja makan..
makanan pun dihidangkan..
abis baca doa makan je..
semua pun start la makan..
tgh2 sedap makan..
tiba2 je ada suara tangisan..
semua org berhenti makan..
semua tercari2 suara tangisan siapa tu..
rupanya tok guru yg menangis..
si anak murid pun bertanya dgn pelbagai soalan..
knapa dgn tok guru??
tok guru sakit ke??
makann yg kami masak ni x sedap ke??
lama kemudian baru la to guru itu menjawab..
wahai anak muridku..
aku tidak ada apa2 yg perlu kamu risaukan..
aku tidak sakit..
dan makann yg kamu masak ini sangatlah sedap..
..
si anak murid pun hairan..
klu la tok guru tidak apa2..
knapa tok guru menangis??
aku menangis bukannye apa..
aku menangis..
sbb aku takut..
aku takut klu syukur aku kepada ALLAH..
tidak melebihi sesuap makann yg aku makan..
sbb tu la ku menangis..
..
macam tu la kisah seorang ulama..
ulama yg sentiasa memerhatikan nikmat2 ALLAH..
pernah x kita ada perasaan mcm tu??
klu pernah tu bgos la..
bukan apa??
kita sbg hamba..
seharusnya mengingati nikmat yg ALLAH kurniakan kpd kita..
klu nak dihitung nikmat ALLAH..
memang x kan terhitung..


“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”.
(Ibrahim:34)


demkian besar nikmat yg ALLAH..
yg telah dianugerahkan kpd kita..
tetapi kita x pernah pun sedar akan nikmat2 tersebut..
...
ALLAH bg mata..
berapa banyak bende maksiat dah kita tengok??
...
ALLAH bg telinga..
berapa banyak umpatan dah kita dengar??
...
ALLAH bg lidah..
berapa banyak fitnah dan dusta yg kita dah buat??
...
ALLAH bg kaki..
berapa banyak masjid dan majlis ilmu kita dah jejaki??
..
benarlah kata ALLAH..
manusia tu sangat zalim..
dan selalu mengingkari nikmat..
kita dah diberi sepasang mata..
satu lidah..
dua bibir..
dua tangan..
dan dua kaki..


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahman:13)


kita sebenarnya telah meraup kenikmatan yg tiada terhitung..
tp sayangnya..
kita sedikit pun x menyedari..
bahkan kita seringkali rasa..
kita hidup dalam ketidakpastian..
dan terperangkap dalam kesedihan..
padahal kita masih memiliki roti segar untuk disantap..
air yg segar untuk diteguk..
tidur yg nyenyak..
dan kesihatan yg stabil..
..
kita seringkali memikirkan sesuatu yg telah hilang..
hingga kita lupa mensyukuri apa yg ada di hadapan kita..
..
kita merasa sedih kerana kekurangan material..
padahal kita masih ada kunci kebahagiaan..
memiliki setompok kenikmatan..
dan masih banyak lagi yg kita x sedar..
oleh itu..
renungkanlah dan bersyukurlah..


Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan?
(Az Zariyat:21)


lihat la diri antum..
keluarga antum..
tempat tinggal antum..
kesihatan antum..
sahabat antum..
dan dunia sekeliling antum..
jgn la termasuk dalam golongan..


Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan
kebanyakan mereka adalah orang yang kufur.
(An Nahl : 83)


ana rasa cukup kot skadar sampai disini..
semua ni amat bermakna bg orang yg berfikir..
-peringatan buat diri yg lupa-

 

Langkah Tercipta..


Assalamualaikum..
semua sihat??
apa yg sihatnye??
jasad ke ruh yg sihat??
iman camner pula??
bgos la klu sume dalam keadaan ok..
..
antum sume tau x ana cter pasal apa kali ni??
tau ke x??
klu x tau cakap la x tau..
ni tidak..
diam je memanjang..
x pe la..
sebenarnye ana nak cter pasal peribadi ckit..
tu la tajuknyer..
langkah tercipta..

langkah tercipta??
nanti antum tau tajuk ni pasal apa..
..
ana nak tanya antum sume la..
x kira la pelajar ke..
pengajar ke..
doktor ke..
engineer ke..
penganggur pun boleh..
pernah x antum rasa putus asa??
lemah semangat ke??
fed up ke??
pernah x??
mestilah pernah kan..

sebenarnya ana tgh mengalami perkara tu..
rse kecewa..
sedih..
lemah semangat pun ad..

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

kadang2 terasa nak lari je dr jalan yg kita dah ambil..

Allah...
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

tp bila pkir2 balik..
rugi pula nak tinggalkan perjuangan..
rasa sayang pula nak tinggalkan sahabat2 seperrjuangan..
yela..
teringat kisah zaman sahabat dulu..
waktu perang pun sanggup bg minum sahabat lain dulu..
sbb x sanggup tgk sahabat kehausan..
hebat ukhuwah mereka..
..
tp kan..
bila waktu layan kesayuan ni..
ana pun dengarlah lagu langkah tercipta..
unic yg nyanyi..
bila hayati..
rasa sedih pun ada..
sbb ada juga org yg nk tuliskan lagu utk kita..
hehe..
x de la..
ana rse semangat balik..
klu x percaya cuba la dengar..
antara bait lagu yg menyentuh hati ana..

Allah...
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

sbb tu la..
dalam apa jua keadaan pun yg kita alami..
kembalilah kepada Allah dan Rasul..
baru la kita akan kekal dalam perjuangan..
..
ana nk ingatkan kpd antum semua..
janganlah berputus asa..
pohonlah agar dikurniakan ketabahan..
untuk teruskan perjuangan hingga ke hembusan nafas terakhir..
selamat berjuang semua sahabat2ku..
ana uhibbukumfillah..





 

Marah..


marah??
knapa perlu marah??
x salah klu nak marah..
tp..
biarlah bertempat..
ni tidak..
kat semua tempat nak marah..
bukannye apa..
biasanya org yg suka marah ni..
dia ad banyak masalah..
...
masalah??
knapa boleh ad masalah??
x salah ad masalah..
tp knapa bila ad masalah dia mesti marah??
ana tahu knapa..
sbb tu ana tulis tajuk ni..
barangkali ana yg lakukan perkara ni..
....
kita rse marah bila ad masalah sbb..
kita rse masalah tu x boleh selesai..
sbnarnya antum semua kene tahu..
x de satu masalah pun dalam dunia ni yg x boleh selesai..
betul ke??
betul..
ana x bohong..
mcm mne nak selesaikan??
cakap pandai..
cuba kalau dia yg kene..
baru die tahu nnti..
...
sabar..
ana bg satu kisah..
...
ad sebuah kereta jenama toyoto yg rosak..
si tuan punyer kereta pun hantar kat mekanik kampung die..
repair punyer repair..
x juga betul kereta tu..
si tuan kereta tu pun pening..
lantas die pun marah mekanik tu..
ko ni x belajar ke dulu..
kereta mcm ni pun x reti repair ke??
mekanik tu pun tension la..
kalau tuan pandai..
tuan betulkan la sendiri..
x pun..
tuan hantar la kereta ni kat org yg buat kereta ni..
tuan kereta tu pun terfikir..
ad benarnye cakap mekanik ni..
knapa x aku hantar je kereta ni kat kilang toyoto??
diorang mestila tau pasal kereta ni..
lgpun diorang yg cipta kereta ni..
x kan la diorang x tau..
selesai masalah..
..
macam tu la..
klu kita ad masalah..
rse x boleh selesai..
so..
bgtau la kat PENCIPTA SEGALA PERKARA..
confirm selesai..
jd x perlu la nak marah2 lepas ni..
bukan ape..
cuba baca bawah ni..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam :

"(Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah. "

(Riwayat Bukhori )

lepas ni jgn marah2 tau..
marah tu tanda lemahnye santun seseorang..
org tu juga bukanla org yg kuat dan gagah..
sbb pe??
perasaan marah pun dia x boleh nak lawan..
hehe..
..
peringatan buat diri yg lupa

 

HATI..


Salam perkenalan..
Sekadar peringatan buat diri yg lupa..

hati?
semua manusia ad la..
memang la semua ad..
tp sama x??
x sama ke??
mesti la x sama..
macam mana boleh x sama??
bukan semua warna merah ke??
memang la..
secara zahir mungkin sama..
tp batin x..
sbb tu nabi ad kata..

" Dalam jasad manusia ad seketul daging. Jika baik maka baiklah seluruh anggota. Jika rosak maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah bahawa daging itu adalah hati."

sbb tu kita tgk zaman sekarang ni..
perangai berbeza2..
tp ingat la..
sebaik mne pun perbuatan kte skarang ni..
tp tanpa ad kejujuran dalam hati..
lama2 akan terzahir juga..
kejahatan hati..
sbb tu dalam buat apa2 skalipun..
kene la ikhlas..
jgn nak menunjuk-nunjuk..
semua ni ana pesan utk diri ana..
sesunguhnya peringatan tu bermakna utk org beriman..