Cuba Jawab.. Kenapa Nak Nikah??


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


alhamdulillah..
setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan..
masih lagi diberi ruang dan peluang..
untuk terus menulis dan menulis..
mudah-mudahan tinta kali ini..
mampu menyentuh hati2 yg inginkan cinta abadi..
moga kita ketemu cinta itu..

antum sedar x..
sejak kebelakangan ini..
pergi ke sana ada kerja kahwin..
pergi ke sini ada cerita pasal nikah..
kesimpulannya..
ramai yg ingin menikah..
tp persoalannya..
kenapa nak nikah??

bila ditanya soalan sebegini..
ramai yg jawab..
nak dapatkan anak..
nak ramaikan zuriat nabi Muhammad..
ok..
klu itu la tujuan nikah antum..
ana nak tanya la..
adakah nikah itu sekadar untuk melahirkan zuriat??
habis..
lpas dapat zuriat nak buat apa??
cerai??
maka ramai yg terdiam..

soalan kenapa nak nikah ditanya lagi..
ramai juga yg memberi respon..
mereka menjawab..
untuk menghalalkan yg haram..
ok..
skali lagi klu itulah tujuan antum nikah..
ana nak tanya la..
adakah nikah ini sekadar mahu pegang2??
habis pegang2 maka apa lagi??
adakah sampai situ sahaja tujuan nikah antum??
begitu mudah dan rendah martabat nikah yg antum letakkan..

antum kene tahu dan yakin..
sesungguh Islam ini cantik..
setiap yg ada dalam Islam ini..
bergantung kepada maqasid dan tujuan tersendiri..
kenapa Islam suruh nikah??
kenapa Islam ada jual beli??
kenapa Islam ada politik??
kenapa Islam ada tarbiyah??
kenapa Islam menghukum penjenayah??
persoalan2 sebegini antum akan dapat jawab dgn mudah..
sekiranya antum memahami maqasidnya..

so..
kenapa nak nikah??
jawapannya mudah sahaja..
'syurga'
jadi, untuk dapat syurga..
we need..
'to give'
kerana nikah adalah medan untuk memberi..
isteri memberi ketaatan kepada suami..
suami pula memberi keredhaan keatas isteri..
seandainya pemberian ini berlaku..
kalian akan bercinta sampai syurga..
itulah yg abadi buat kalian..

moga kalian semua lebih memahami tujuan sebuah pernikahan..
agar terarah kalian kepada matlamat sebenar..


-sekadar peringatan buat diri yg ingin bercinta sampai syurga-

 

Adakah Perjalanan Masih Jauh..??


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

hari berganti hari..
minit berganti minit..
detik berganti detik..

masa tetap bergerak..
sampai bila??

rasanya macam dah terlalu lama kat atas bumi Allah ni..
sampai bila perjalanan ini..
adakah ia masih jauh??

huh..
masih jauh perjalanan menuju syurga abadi..
ya..
memang benar perjalanan utama kita masih jauh..
tapi..
kalian perlu sedar..
perjalanan kalian atas muka bumi ini..
hanya tinggal sedikit masa lagi..
boleh jadi esok..
dan boleh jadi sekarang..

maka..
sebelum kalian menamatkan perjalanan kalian di daerah bumi..
dan meneruskan perjalanan ke daerah yang lain..
kutiplah sebanyak mungkin bekalan..
supaya lancar menempuh permusafiran yg jauh..


-peringatan buat diri yang berjalan jauh-


 

Bagaimana 'Perjalanan' Yang Ingin Dilakar??

bismillahirrahmanirrahim..


kita..
siapa kita??
bagaimana ada kita??
ada apa dgn kita??
apa matlamat kita??
sampai bila ada kita??
ke mana kita??

kita seringkali buat program untuk adik2..
macam2 aktiviti ada..
macam2 tugasan kita bagi..
ada yg sedih..
ada juga yg gembira..

tp pernah x kita terfikir??
rupan-rupanya kita pun tgh dalam program..
ada tugaasan yg perlu kita selesaikan..
tp x ramai yg sedar..

kita diberi satu tugasan..
satu tempoh perjalanan..
kita diminta berjalan dan berjalan..
setiap detik perjalanan diambil markah..

persoalannya..
apakah yg akan kita lakukan??
sekiranya kita tahu..
di akhir perjalanan nnti..
setiap markah akan dihitung..
dan..
kita kan dikelompokkan mengikut markah..

maka..
fikirkanlah..
perjalanan yg bagaimana yg ingin kita lakar??


-peringatan buat diri yang berjalan-

 

Begin With The End In Mind..


DENGAN NAMA ALAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

bersyukur kehadrat ilahi..
masih lagi dikurniakan hati..
moga2 menjadi hati yg sentiasa suci..
agar jasad yg berdiri..
setiap masanya berbudi..
insyaallah..

Ketahuilah bahwasanya dalam jasad (manusia) ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik maka akan baiklah semua jasad manusia. Akan tetapi apabila segumpal daging itu rusak, maka akan rusaklah seluruh jasad manusia. Ketahuilah (oleh kalian), bahwa segumpal daging itu adalah qalbu ” (HR Muslim).

dalam setiap derapan kaki..
sudah pasti adanya destinasi..

dalam setiap perkara yang dilakukan..
sudah pasti adanya tujuan..

dalam setiap permulaan..
sudah pasti adanya pengakhiran..

jadi..
untuk sampai ke destinasi..
perlunya misi dan visi..
bukan hanya sekadar fantasi..
atau bermain dgn ilusi..
barlah ianya realiti..
berpijak nyata di bumi..
agar kehidupan bererti..
bukan hidup yang mati..

maka jelaskan la matlamat yg ada..
pastikan ada permulaan dan pengakhiran dalam minda..
agar sentiasa berada di landasan taqwa..
demi mencari redha YANG MAHA KUASA..
supaya kekal abadi di syurga..
itulah penamat kita semua..
insyaallah bertemu disana..


-peringatan buat diri-

 

Kenapa perlu...??


assalamualaikum..
semua nak dgr cerita x??
bukan apa..
sejak kebelakangan ni..
tiba2 je ana jadi pegawai perunding hati..
kerja apa tu??
ada la..
secret..
hehe..
suatu hari..

kenapa ni sahabat??
ada masalah ke??
ceciter..
ana cuba dengar..
klu boleh tolong ana tolong..

hmm..
sebenarnya..
ada ckit masalah..
masalah hati..

masalah hati??
macam teruk je..
x pe ana faham..
fitrah lelaki..
macam ni la..
ana nak pesan ckit..

kaya tidak semestinya bahagia..
berharta tidak semestinya gembira..
suka tidak semestinya cinta..

so..
kenapa perlu gundah gulana??
kenapa perlu sesak dada??
kenapa perlu rindu sentiasa??

bahagia ke begini??
hidup dgn berjaga-jaga..
menjaga perwatakan dihadapan si dia..
mulut berzikir nama si dia..
hati diselubungi si dia..
berjalan nampak si dia..
makan kenangkan si dia..
tidur ingatkan si dia..
sentiasa mencari titik persamaan dgn si dia..
apakah ini hidup bahagia??

siapa si dia??
milik kamu ke??
dah pasti ke milik kamu??

BELUM..

klu belum..
kenapa perlu resah??
kamu resah untuk apa??
resah ini hanya sia2..
tinggalkan la resah yg ini..
cuba la untuk hidup bahagia..
hati ini pinjaman untuk kita..
gunakanlah sebaiknya..
jgn biarkan tercemar..
takut2 x terjawab di hadapan PEMILIK hati ini..

buat masa ni..
belajar la untuk jadi lebih baik..
agar dapat yg lebih baik dari si dia..


-peringatan buat ada masalah dgn si dia-

 

Apa Nak Beri??


Assalamualaikum..
sekadar tinta ekspres..
kerana diulit waktu yg cemburu..
namun bersyukur..
masih diberi sedikit ruang dan peluang..
memberi dan terus memberi..
sekalipun seinci..
asalkan hidup terus berbudi..

apa nak beri??
persoalan untuk para daie..
antum sudah berada di jalan ini..
maka apa antum nak beri??

ya..
antum mampu berkata2..
tp adakah bermakna??
atau sekadar nista??
untuk menaikkan kasta dihadapan semua..

adakah seorang yg tiada apa2..
mampu beri sesuatu??
mustahil!!
antum tiada duit..
bolehkah antum beri duit??
antum tiada ilmu..
adakah antum boleh bagi ilmu??
mustahil!!

jadi..
cuba fikir..
setakat mana kamu ini daie??
hanya pada nama??
fikirkanlah..

-peringatan buat diri yg ingin memberi-