Kenapa Nak Tolong Akhawat..??

"Aduuuhhhh.. Letih laaa... Asyik2 akhawat telefon..suruh jadi musyrif la.. suruh angkat barang la.. suruh cari itu la.. suruh cari ini la.. ada je yang nak disuruh.. bosan betul la duduk kat mesir ni.. kenapa la nak kene tolong akhawat2 kat sini.. diorang bukannya ada kaitan pun dengan aku .. nak kata adik perempuan aku, bukan.. nak kata mak aku, pun bukan.. nak kata isteri aku, lagi la bukan.. buang masa aku je tolong diorang ni.. bukan dapat apa pun.. dapat penat ada la.. huh(mengeluh).. kalau dapat makan pun, bukannya sedap diorang masak.. ada je yg kurang.. kurang manis la.. kurang masin la.. semuanya kurang.. sedap lagi aku masak.. huh(sekali lagi mengeluh).. diorang ni pun satu.. dah tahu perempuan, x payah la nak keluar malam2.. duduk je la kat rumah.. kalau menyusahkan diri sendiri x pe la.. ni tidak, org lain juga yg kene susah untuk dia.. huh, x faham betul aku dgn diorang ni.."



sahabat.. memang la mereka bukan adik kita, bukan mak kita, dan belum lagi isteri kita(hehe).. tp mereka adik, mak dan mungkin isteri kepada org lain.. nak ke kita kalau ibu, adik atau isteri kita berada pada tempat yang mana kita tiada di sisi mereka lalu mereka memerlukan bantuan, namun tiada siapa yg nak bantu.. nak x kalau benda ni berlaku kat adik kita..?? kalau kita  x nak, org lain juga x nak kalau ahli keluarga mereka tidak diberi perhatian.. sbb tu la kita kene ambil ibrah dan nasihat dari Nabi Muhammad s.a.w :


Pernah pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang pemuda yang datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w ingin meminta izin untuk berzina dengan seorang perempuan, lantas Rasulullah s.a.w mendekati pemuda itu dan bertanya adakah beliau boleh menerima sekiranya ibu beliau sendiri yang berzina atau mana-mana saudara perempuan yang mempunyai kaitan dengan keluarganya berzina , lantas pemuda itu menyatakan beliau sama sekali tidak akan membenarkan perkara seperti itu berlaku ke atas dirinya, lalu itu membatalkan hasrat beliau itu



apa yg kita boleh dapat dari kisah di atas?? kalau kita x nak ahli keluarga kita di sakiti, jgn sakiti org lain.. sbb kita akan dapat balik apa yg kita buat.. kalau kita berbuat baik, baik la yg kita akan dapat.. kalau kita berbuat jahat, jahat la kita akan dapat.. so, marilah kita sama2 tolong akhawat kalau mereka memerlukan bantuan.. mudah-mudahan Allah akan hantar manusia lain untuk bantu ahli keluarga waktu memerlukan bantuan.. Allah tu kan Maha Adil..


satu lagi.. memang la akhawat tu perempuan.. kalau lelaki x namanya akhawat.. betul x?? so, sebab dia perempuan la kita kene jaga diorang.. kalau bukan kita, siapa lagi??(ayat common).. kalau lelaki, x perlu nak jaga... hanya kerana dia wanita, kita kene jaga.. sbb tu ada lagu nasyid tentang wanita:



Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Buukan dari kaki untuk dialasi
Buka dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Enkaulah wanita hiasan duniawi



mudah-mudahan kita dapat letakkan kedudukan wanita pada tempat yang sepatutnya.. bukan letak pada tempat yang telalu tinggi atau terlalu rendah, tapi letak la pada tempat untuk dilindungi..


ana bukan nak menggalakkan para wanita untuk keluar malam.. tapi kalau diorang nak buat benda berfaedah(pergi kelas tafaqquh), apa salahnya hantar diorang.. kita juga yang dapat pahala.. bukan pahala kita menuntut ilmu je kita dapat, pahala diorang pun kita dapat sama sbb kita yang hantar mereka ke majlis ilmu.. banyak kot pahala.. x nak ke?? lagipun x baik perempuan jalan seorang diri malam2.. 



kita juga kan selalu doa nak dapat isteri solehah.. macam mana wanita nak jadi isteri solehah kalau zaman remaja dia x menuntut ilmu.. so, kita hantar je la akhawat pergi ke majlis ilmu.. mana tahu, dalam banyak2 yang kita hantar, ada jodoh kita.. kalau x yang kita hantar pun, mana tahu yg dihantar oleh org lain.. Allah tu kan Maha Adil..

Akhir kalam, AMBILLAH IBRAH DARI SIRAH... BUATLAH KERANA ALLAH..


P/S : kalau la kita ada kat rumah, ada ke patut kalau kita biarkan adik perempuan kita pergi kemana-mana seorang diri pd waktu malam?? kalau la kita ada kat rumah, ada ke patut kalau kita biarkan mak kita angkat semua barang2 waktu nak pindah rumah?? kalau la kita ada kat rumah, ada ke patut kalau kita buat x tahu je bila kakak kita ada emergency?? x patut.. kita mesti akan tolong mereka sebab kita sayangkan mereka.. begitu juga dengan akhawat, ahli keluarga mereka sayangkan mereka.. andai saja mak ayah mereka ada di sini,  sudah tentu mereka yg akan uruskan.. tp sayang, mereka tiada di sini.. siapa yang mereka ada..?? 

KITA la.. siapa lagi..??

_peringatan buat diri yang tidak memahami kenapa begini_