Buat Sahabatku..



Assalamualaikum..
kalam ini buat sahabat2..
...
adapun hadith yg diriwayatkan al-mughirah..
nabi bersabda..

"Akan senantiasa ada sekelompok umatku yg menang dalam membela kebenaran hingga datang teputusan Allah sedangkan mereka tetap dalam keadaan demikian.”

indah kalam Rasul junjungan..
mengajar erti perjuangan..
perlukan keteguhan azam..
istiqamah..
tetap pendirian..
jangan mudah terhalang..
janji Allah pasti datang..


“Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya”.
(Hadis Riwayat Baihaqi-dihasankan oleh Albani)


Rasul bermadah lagi..
satu janji..
satu aspirasi..
islam tidak akan dapat ditandingi..
cuma yang beluum pasti..
adakah kita tinggi peribadi??
untuk memikul amanah ini..
bagi merebut keredhaan Ilahi..
sebagai jilul quran..
dan daie yang tersendiri..


Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.
[muhammad 38]


ayat Allah cukup menggentarkan..
Dia tidak teragak-agak utk membuat tapisan..
buat hamba-Nya yg bermalas-malasan..
senantiasa mencipta alasan..
liat dgn dakwah dan perjuangan..
mahu diketuk berterusan..
tidak menjadikan penggeraknya iman..
cinta Allah dibuat khayalan..
bimbang kelak diri akan terbuang..
dari jalan dakwah penuh ujian..
dibiarkan Allah..
penuh keasyikan..
tertipu dgn jalan kehancuran..
...
ketahuilah sahabatku semua..
Allah memelihara jalan-Nya..
agar disusuri jiwa2 yang suci murni..
sarat dgn ketaqwaan..
merindui wajah-Nya..
jua keredhaan-Nya..
itulah insan pejuang..
...
bimbangkanlah dirimu..
daripada jiwa munafik..
bertopengkan ketaatan..

-nukilan ikhwanuddin buat diriku-
akanku kenangmu dalam doaku



READMORE
 

Manusia Zalim..






Assalamualaikum..
ana nak tanya ckit..
antum ada buat zalim x hari ni??
x kira kat siapa pun..
manusia ke..
binatang ke..
tumbuhan ke..
ada x??
hmm..
klu x de tu bgos la..
semoga antum semua tergolong dalam golongan bertaqwa..
...
ana nak cerita suatu kisah kpd antum..
antum nak dgr x??
x nak dgr x pe..
boleh baca..
...
ana dan keluarga terpaksa musafir ke kedah..


atas urusan kecemasan..
setelah selesai segalanya di sana..
kami pun melakukan perjalanan pulang..
singgah sebentar di negeri bekas jajahan francis light..

singgah sekadar menghilangkan lapar dan dahaga..
maka..
medan selera padang kota menjadi pilihan..
kami pun melangkah masuk sbg perantau..
duduk sahaja di meja..
kami bagaikan artis popular..
dikelilingi oleh wartawan makanan..
ramai skali!!
arghh!!
serabut..
encik nak makan apa??
minum??
sotong dua rasa nak??
mee udang??
nasi ayam??
...
satu demi satu makanan sampai..
semuanya memuaskan hati..
ada satu makanan yg tiba..
cuba antum tgk gambar ni..



ibu pun mengeluarkan duit untuk bayar..
dgn tenang die kata..
x pe, makan dulu..
baik betul abang ni..
org lain hantar makann terus je minta duit..
...
maka semua pun selesai makan..
tp ada satu makanan x bayar lagi..
ayah pun panggil la yg tukang minta order td..
ayah pun tanya la harga..
die kata sotong tu semuanya rm48.00..
ha!!
ayah pun bayar tanpa banyak soal..
...
hati kecilku berbicara..
kenapa abang buat macam ni kpd kami??
bahagia ke menzalimi org lain??
bukankah kami ini juga saudara abang..
saudara seislam..


Daripada Abi Hamzah Anas Bin Malik r.a. khadam Rasulullah s.a.w., daripada
Rasulullah s.a.w. sabdanya, "Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia
mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk
dirinya sendiri"

(Mutafaq 'alaih)


kami tahu kami ni bukan org negeri abang..
dgn sbb itukah abang aniaya kami??
patut la abang suruh kami makan dulu..
rupanya abang takut kami tolak makanan tu..
...
x pe la bang..
hari ini hari abang..
abang aniaya kami sekeluarga..
kami datang dr jauh..
bukan sedikit perbelanjaannya..
huh(kecewa)..
waktu ini juga abang ambil kesempatan keatas kami..
syukurlah Allah masih beri kemampuan harta keatas kami..
tp bagaimana pula org miskin yg abang kenakan??
..
x pe bang..
Allah tu Maha Melihat..


“Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa: Kemudian Dia bersemayam di atas ´arsy Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”
[Al Hadiid 4]


Allah tu juga Maha Adil..


"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah dan jika ada kebajikan sebesar zarah niscaya Allah akan melipatgandakan dan memberikan dari sisi-Nya pahala yg besar.” [an nisa 40]


abang kene ingat..
rezeki yg abang dapat tu halal ke x??
darah daging dr sumber yg haram..
neraka la tempatnya..


"Tidak baik (subur) daging yang tumbuh daripada usaha haram, melainkan neraka lebih patut baginya."
H.R. Tirmizi


satu lagi abang kene ingat..
doa org yd dizalimi itu sangat mustajab..


Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah".
H.R. Bukhari dan Muslim


ana nak pesan kpd diri ana dan sahabat..
buat la sebanyak mana kebaikan..
kerana setiap kebaikan itu adalah sedekah..


Dari Jabir bin Abdullah RA, dari Nabi Muhammad saw bersabda: “Semua kebaikan itu adalah sedekah.” (HR Al Bukhari dan Muslim)


dan jangan la sesekali antum terasa nak buat jahat..
walaupun antum rasa kejahatan tu hanya sedikit..
ini kerana..


Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.
[al zalzalah 8]


-peringatan buat diri yg zalim-
READMORE
 

Rintihan Stayer..



Assalamualaikum..
siapa stayer??
stayer??

apa tu??
ermm..
stayer ni kata2 budak kisas..
kpd penyambung tarbiyah bumi waqafan..
yg buat keputusan untuk stay di bumi waqafan..
selepas SPM..
...
x de ke sahabat yg nak stay??
huh..
x pe la..
walau apa pun yg terjadi..
walau badai dtg melanda..
walau bercerai jasad dan nyawa..
walau ombak menghempas pantai..
aku tetap aku..
dan aku tidak akan menjadi org lain..
tiba2 teringat pula syiar kolej islam..

'Maka tetaplah(istiqamah) kamu diatas jalan yang telah kamu diperintahkan'.

dan aku..
akan tetap pada jalan yg telah aku pilih..
ya Allah..
bantu la aku..
kuatkanlah tekadku..
agar aku dapat mengharungi segala ujian..
...
tiba2..
ada seorg sahabat bertanya..
hang isi jpa ke mara??
...
arghh...
kenapa la tanya aku soalan tu..
memang aku teringin nak isi..
tp..
aku dah ada tempat..

sori la..
soalan hang tu x de jawapan..
...
lama aku menyendiri..
tinggalkan alam maya yg sering aku lawati..
bukan kera sumbang..
tp aku takut..
takut terpengaruh..
dgn dakyah biasiswa..
aku x kuat..
...
buka saja fb..
macam2 aku lihat..
mara..
jpa..
petronas..
tnb..
khazanah..
hati kecilku berkata..
apa kata klu try apply..
mesti best klu dapat..
eh..
x nak la..
dok kisas lg best..
ada masjid..


ada tempat mengadu kasih..
bukan apa..
cikgu kisas ni unik..
cerita apa masalh sekalipun..
pasti die dgr dan nak tolong..
silap2 die anggap kita macam anak die..
nak apa pun dapat..
hehe..



yg lg best..
nnti ada adik2..
diorg mesti suka kat stayer..
belanja makan NTD la..
ajak berbual sampai pagi la..
dan yg paling best..
dapat tahajud kat masjid sebelah..
sunyi sepi..
boleh mengalir air mata..
klu nak rasa..
mai la stay..
huh(sedih)
...

tp kan..
klu stay..
ada satu keunikan kisas yg pudar..
FRIENDS..
nnti bila dok kisas..
setiap malam pasti teringat kawan2 lama masa form5..
gelak ketawa di kisas..
sedih..
semua tu hanya tinggal kenangan..
bg stayer..
bergerak ke stiap sudut kisas..
pasti terasa nak menangis..
dulu ni la kelas aku masa form 5..
terlihat bayang2 lama..
pasti menitis air mata..
dulu ni la tempat aku study masa form 5..
dgn sahabat2..
tp skarang..
adik2 aku pula yg kelihatan..
wajah sahabatku semua hilang ditiup angin malam..
sedar2 hujan airmata membasahi cermin mataku..
segera kukesat..
huh..
...
malam2 ku hanya ditemani adik2..
keseoranganku sekadar menggapai memori lalu..
namun kusedar..
perjalananku masih panjang..
kehidupan mesti diteruskan..
biarpun ianya sepahit hempedu..
dan akan ku sematkan..
dalam hati nuraniku..
hari ini adalah milikku..
akanku tinggalkan masa lalu..
tenggelam seperti matahari..
aku tidak akan pernah menangisi pemergianmu..
dan engkau wahai masa lalu..
engkau tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun..
hanya untuk mengingatimu..
kerna aku tahu..
engkau telah meninggalkanku..
dan engkau tidak akan kembali..
aku yakin..

-sekadar rintihan buat diri yg merintih-




READMORE
 

Cinta..


cinta??
ada apa dgn cinta??
...
Dan terkadang kecintaan memelikkan kita.
Mengapa mudah kita tertaut hati pada seseorang itu?
Hanya pada pandangan pertama.
Begitu mudahnya aku menyintai seseorang.
Begitu juga dalam jalan dakwah ini.
Kita akan mudah terjatuh cinta.
Banyak kali
Cinta pada mereka yang memberikan kita rasa faham ini.
Dan cinta kepada mereka yang kita berikan rasa faham ini.
Ia adalah tautan hati
Yang sukar dimengertikan.
Perasaan yang sukar
Dinukilkan dengan lukisan kita
Begitulah besarnya erti cinta pada dakwah ini.
Ia menolak kehendak diri untuk memberi sebuah erti
Jauh dirasakan dekat
Sering bersama tidak mendatangkan kebosanan
Ianya bahagia tiada tara!
Ia mengajar erti untuk tidak berhenti dalam memberi
Ia menolak diri untuk sentiasa mengorbankan diri
demi insan yang baru sahaja dikenali
kerana ikatan hati itu
bertahkik pada cinta Ilahi
( aku dan dia, mengalami rasa yang sama; mudahnya hati ini tertaut dan menyukai manusia. Kerana itu, takutnya apabila dialirkan cinta itu pada yang bukan berhak)
Kerana dakwah dan islam,
sentiasa menyatukan hati kita,
Menjadikan kita sentiasa jatuh cinta sesama kita,
Setiap masa.
Mudahnya dakwah ini menjadikan kita
Untuk jatuh cinta!
Kerana Allah: Dialah yang meng'allaf'kan hati2 kita!

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (anfal : 63)
"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada',tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:"Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih."♥
.....
perihal cinta ini..
ana ambil di i luv islam..
bukan cinta lelaki dan perempuan..
sekadar cinta sesama insan..


-peringatan buat yg bercinta-

READMORE
 

Ujian..



Assalamualaikum..
lama kan x jumpa??
semua sihat??
harapnyer semua sihat la...
...
ana terpanggil untuk menulis semula..
bukan ape..
spm baru sahaja diumumkan..

ada yg gembira..
ada juga yg putus asa..
ad juga yg buat saja je..
x kesah la..
tp yg penting..
tulisan kali ni..
khusus buat diri yg putus asa..
moga2 antum mendapat jalan keluar..
...
seringkali bila kita susah..
kita akan tanya..
kenapa aku diuji??
kenapa??

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(surah al ankabut,2)

sbb apa perlunya ujian??
sbb apa??

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).
(surah almulk,2)

habis macam mne klu kita dpt kputusan spm x baik??
saya x suka la bang..
sedih kot..
kawan2 sume dapat cemerlang..
...
ingatlah bahawa setiap perkara tu adalah ujian Allah..
kadang2 bende yg kita x suka tu..
barangkali baik utk kita..

boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(surah albaqarah,216)

sbb tu..
klu boleh..
sematkan dalam hati..
setiap kali apa yg kita dapat..
atau kita hadapi..
katakan la..
'sesungguhnya Allah lebih tahu apa yg terbaik untukku'
dgn ini akan melahirkan rasa sabar dalam diri..

Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.
(surah az zumar,10)

lpas ni jgn putus asa lagi..
boleh x??
insyaallah..
cuba renungi jawapan nabi musa kpd pengikutnya..

“Sesungguhnya Tuhanku bersamaku(dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Dia memberi petunjuk kepadaku”.
(surah as syuara',62)

begitu juga perkataan nabi SAW..
dalam gua ketika hijrah..

“Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”.
(surah at taubah,40)

klu boleh..
lpas ni jadikan la ucapan tersebut..
sbg ucapan kita ketika susah dan senang..
semoga mendapat petunjuk dr Allah..
..
harapnyer ilmu yg sedikit ini memberi banyak manfaat..
sbbnyerr..

Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali karena tiga hal, sedekah jariyah, ilmu yg bermanfaat dan anak soleh yg mendoakannya.
(riwayat muslim)

-peringatan buat diri yg duka-
READMORE
 

Senyumlah..




Assalamualaikum..
dah senyum belum hari ini??
belum!!
knapa x senyum??
x tahu!!
x pe..
nanti ana suruh sorang pak cik ni ajarkan..
belajar la dr die..


macam mne??
dah pandai senyum belum??
klu dah bgos la..
bukan apa..
senyum tu kan pengubat duka..
jadi..
senyumlah selalu..
supaya hati sentiasa gembira..
..
laa..
mne boleh senyum bang..
saya tgh sedih ni..
baru lepas kene tegur..
knapa pula x boleh senyum??
bukan ke setiap penyakit tu ada ubatnya..
penawar kpd penyakit..
adalah lawan kpd penyakit..
so lawan kpd sedih kan gembira..
mcm mne nak gembira??
senyumlah..
pasti kamu akan gembira..
yg dah lpas tu biarkanlah ia pergi..
yg penting teruskan sisa hidup yg ada..
jadikan hari ini hari paling gembira..
gembira dgn senyuman..
hehe..
...
antum nak tahu satu fakta x??
jap ae..

"Saya belum pernah melihat seorang pun yang paling banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Riwayat Ahmad).

wow..
hebatnye Rasulullah..
sebanyak mana pun masalah yg ditanggung..
baginda tetap menguntumkan senyuman..
klu nak dibandingkan dgn kita..
baru kene tegur ckit..
dah x nak senyum..
...
cuba lihat Rasulullah..
pernah suatu ketika..
seorang arab badwi mendatangi baginda..
lelaki tersebut menarik serban baginda dgn kasar..
sehinggakan anas b. malik melihat kesan melecet di leher baginda..
Rasulullah menoleh..
lantas terbit senyuman di bibir baginda..
lalu Rasulullah mengarahkan agar arab badwi itu diberi hadiah..
...
lepas ni..
ana x nak tgk lagi antum masam muka..
boleh x??
boleh bang..
ana x nak antum senyum kerana terpaksa..
klu antum nak tahu..

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

jadi..
sedekah la selalu..
dan..
ana nak antum sematkan dalam hati..
bahawa senyuman antum adalah untuk org lain..
'senyumanku adalah untukmu'
'senyummu kerana senyumanku'







READMORE
 

Sahabatku..


Assalamualaikum..
nak tanya apa hari ini??
ana pun x tau la..
ana nak tanya antum pun takut..
antum sume org hebat..
berpendidikan tinggi..
ana ni siapa la..
sekadar manusia biasa2..
..
tp walau apa pun..
ana seronok bersahabat dgn antum sume..
banyak perkara ana dapat..
pujian..
teguran..
nasihat..
semuanya berguna..
terima kasih banyak2..


bila sebut pasal sahabat..
ana teringat satu hadis..

"Seseorang itu atas agama (perjalanan) sahabatnya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa harus di pilih menjadi sahabat."
(Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan al-Hakim)

ana syukur sangat2..
dapat sahabat seperti antum..
bukan senang hendak mencari sahabat..
sesetia Abu Bakar..
sentiasa ada waktu senang dan susah..
sentiasa menegur bila salah..
menghibur bila resah..
berhubung bila berpisah..
membantu bila bermasalah.
namun diri ini sedar..
masih banyak kekurangan..
lantas tegurlah sbg seorng sahabat..
..
terkadang diri ini marah..
bukan kerana isinya..
tp kerana caranya..
tegurlah dgn cara berhemah..
agar lebih murni persahabatan ini..
...
terkadang diri ini diam..
bukan menyimpan dendam..
tp teguranmu telah masuk ke lubuk dalam..
pengajaran kpd diri yg kejam..
...
diri ini sedar..
hanya insan biasa..
yg x punya apa2..
tp diri ini ada impian luarbiasa..
maka..
diri ini perlukan sahabat..
kekalkan la persahabatn yg sedia ada..
moga2 bertemu di syurga..
...
untuk akhirnya..
ana doakan semua sahabat ana..
berjaya dunia akhirat..




READMORE