Assalamualaikum..
ana nak tanya ckit..
antum ada buat zalim x hari ni??
x kira kat siapa pun..
manusia ke..
binatang ke..
tumbuhan ke..
ada x??
hmm..
klu x de tu bgos la..
semoga antum semua tergolong dalam golongan bertaqwa..
...
ana nak cerita suatu kisah kpd antum..
antum nak dgr x??
x nak dgr x pe..
boleh baca..
...
ana dan keluarga terpaksa musafir ke kedah..
atas urusan kecemasan..
setelah selesai segalanya di sana..
kami pun melakukan perjalanan pulang..
singgah sebentar di negeri bekas jajahan francis light..
singgah sekadar menghilangkan lapar dan dahaga..
maka..
medan selera padang kota menjadi pilihan..
kami pun melangkah masuk sbg perantau..
duduk sahaja di meja..
kami bagaikan artis popular..
dikelilingi oleh wartawan makanan..
ramai skali!!
arghh!!
serabut..
encik nak makan apa??
minum??
sotong dua rasa nak??
mee udang??
nasi ayam??
...
satu demi satu makanan sampai..
semuanya memuaskan hati..
ada satu makanan yg tiba..
cuba antum tgk gambar ni..
ibu pun mengeluarkan duit untuk bayar..
dgn tenang die kata..
x pe, makan dulu..
baik betul abang ni..
org lain hantar makann terus je minta duit..
...
maka semua pun selesai makan..
tp ada satu makanan x bayar lagi..
ayah pun panggil la yg tukang minta order td..
ayah pun tanya la harga..
die kata sotong tu semuanya rm48.00..
ha!!
ayah pun bayar tanpa banyak soal..
...
hati kecilku berbicara..
kenapa abang buat macam ni kpd kami??
bahagia ke menzalimi org lain??
bukankah kami ini juga saudara abang..
saudara seislam..
Daripada Abi Hamzah Anas Bin Malik r.a. khadam Rasulullah s.a.w., daripada
Rasulullah s.a.w. sabdanya, "Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia
mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk
dirinya sendiri"
Rasulullah s.a.w. sabdanya, "Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia
mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk
dirinya sendiri"
(Mutafaq 'alaih)
kami tahu kami ni bukan org negeri abang..
dgn sbb itukah abang aniaya kami??
patut la abang suruh kami makan dulu..
rupanya abang takut kami tolak makanan tu..
...
x pe la bang..
hari ini hari abang..
abang aniaya kami sekeluarga..
kami datang dr jauh..
bukan sedikit perbelanjaannya..
huh(kecewa)..
waktu ini juga abang ambil kesempatan keatas kami..
syukurlah Allah masih beri kemampuan harta keatas kami..
tp bagaimana pula org miskin yg abang kenakan??
..
x pe bang..
Allah tu Maha Melihat..
“Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa: Kemudian Dia bersemayam di atas ´arsy Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”
[Al Hadiid 4]
Allah tu juga Maha Adil..
"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah dan jika ada kebajikan sebesar zarah niscaya Allah akan melipatgandakan dan memberikan dari sisi-Nya pahala yg besar.” [an nisa 40]
abang kene ingat..
rezeki yg abang dapat tu halal ke x??
darah daging dr sumber yg haram..
neraka la tempatnya..
"Tidak baik (subur) daging yang tumbuh daripada usaha haram, melainkan neraka lebih patut baginya."
H.R. Tirmizi
satu lagi abang kene ingat..
doa org yd dizalimi itu sangat mustajab..
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah".
H.R. Bukhari dan Muslim
ana nak pesan kpd diri ana dan sahabat..
buat la sebanyak mana kebaikan..
kerana setiap kebaikan itu adalah sedekah..
Dari Jabir bin Abdullah RA, dari Nabi Muhammad saw bersabda: “Semua kebaikan itu adalah sedekah.” (HR Al Bukhari dan Muslim)
dan jangan la sesekali antum terasa nak buat jahat..
walaupun antum rasa kejahatan tu hanya sedikit..
ini kerana..
Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.
[al zalzalah 8]
-peringatan buat diri yg zalim-
like! >,<
ReplyDelete