Buat Sahabatku..



Assalamualaikum..
kalam ini buat sahabat2..
...
adapun hadith yg diriwayatkan al-mughirah..
nabi bersabda..

"Akan senantiasa ada sekelompok umatku yg menang dalam membela kebenaran hingga datang teputusan Allah sedangkan mereka tetap dalam keadaan demikian.”

indah kalam Rasul junjungan..
mengajar erti perjuangan..
perlukan keteguhan azam..
istiqamah..
tetap pendirian..
jangan mudah terhalang..
janji Allah pasti datang..


“Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya”.
(Hadis Riwayat Baihaqi-dihasankan oleh Albani)


Rasul bermadah lagi..
satu janji..
satu aspirasi..
islam tidak akan dapat ditandingi..
cuma yang beluum pasti..
adakah kita tinggi peribadi??
untuk memikul amanah ini..
bagi merebut keredhaan Ilahi..
sebagai jilul quran..
dan daie yang tersendiri..


Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.
[muhammad 38]


ayat Allah cukup menggentarkan..
Dia tidak teragak-agak utk membuat tapisan..
buat hamba-Nya yg bermalas-malasan..
senantiasa mencipta alasan..
liat dgn dakwah dan perjuangan..
mahu diketuk berterusan..
tidak menjadikan penggeraknya iman..
cinta Allah dibuat khayalan..
bimbang kelak diri akan terbuang..
dari jalan dakwah penuh ujian..
dibiarkan Allah..
penuh keasyikan..
tertipu dgn jalan kehancuran..
...
ketahuilah sahabatku semua..
Allah memelihara jalan-Nya..
agar disusuri jiwa2 yang suci murni..
sarat dgn ketaqwaan..
merindui wajah-Nya..
jua keredhaan-Nya..
itulah insan pejuang..
...
bimbangkanlah dirimu..
daripada jiwa munafik..
bertopengkan ketaatan..

-nukilan ikhwanuddin buat diriku-
akanku kenangmu dalam doaku



Penulis : aizat al jauhari ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Buat Sahabatku.. ini dipublish oleh aizat al jauhari pada hari Tuesday, April 5, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Buat Sahabatku..
 

0 comments:

Post a Comment