Kenapa Nak Tolong Akhawat..??

"Aduuuhhhh.. Letih laaa... Asyik2 akhawat telefon..suruh jadi musyrif la.. suruh angkat barang la.. suruh cari itu la.. suruh cari ini la.. ada je yang nak disuruh.. bosan betul la duduk kat mesir ni.. kenapa la nak kene tolong akhawat2 kat sini.. diorang bukannya ada kaitan pun dengan aku .. nak kata adik perempuan aku, bukan.. nak kata mak aku, pun bukan.. nak kata isteri aku, lagi la bukan.. buang masa aku je tolong diorang ni.. bukan dapat apa pun.. dapat penat ada la.. huh(mengeluh).. kalau dapat makan pun, bukannya sedap diorang masak.. ada je yg kurang.. kurang manis la.. kurang masin la.. semuanya kurang.. sedap lagi aku masak.. huh(sekali lagi mengeluh).. diorang ni pun satu.. dah tahu perempuan, x payah la nak keluar malam2.. duduk je la kat rumah.. kalau menyusahkan diri sendiri x pe la.. ni tidak, org lain juga yg kene susah untuk dia.. huh, x faham betul aku dgn diorang ni.."



sahabat.. memang la mereka bukan adik kita, bukan mak kita, dan belum lagi isteri kita(hehe).. tp mereka adik, mak dan mungkin isteri kepada org lain.. nak ke kita kalau ibu, adik atau isteri kita berada pada tempat yang mana kita tiada di sisi mereka lalu mereka memerlukan bantuan, namun tiada siapa yg nak bantu.. nak x kalau benda ni berlaku kat adik kita..?? kalau kita  x nak, org lain juga x nak kalau ahli keluarga mereka tidak diberi perhatian.. sbb tu la kita kene ambil ibrah dan nasihat dari Nabi Muhammad s.a.w :


Pernah pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang pemuda yang datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w ingin meminta izin untuk berzina dengan seorang perempuan, lantas Rasulullah s.a.w mendekati pemuda itu dan bertanya adakah beliau boleh menerima sekiranya ibu beliau sendiri yang berzina atau mana-mana saudara perempuan yang mempunyai kaitan dengan keluarganya berzina , lantas pemuda itu menyatakan beliau sama sekali tidak akan membenarkan perkara seperti itu berlaku ke atas dirinya, lalu itu membatalkan hasrat beliau itu



apa yg kita boleh dapat dari kisah di atas?? kalau kita x nak ahli keluarga kita di sakiti, jgn sakiti org lain.. sbb kita akan dapat balik apa yg kita buat.. kalau kita berbuat baik, baik la yg kita akan dapat.. kalau kita berbuat jahat, jahat la kita akan dapat.. so, marilah kita sama2 tolong akhawat kalau mereka memerlukan bantuan.. mudah-mudahan Allah akan hantar manusia lain untuk bantu ahli keluarga waktu memerlukan bantuan.. Allah tu kan Maha Adil..


satu lagi.. memang la akhawat tu perempuan.. kalau lelaki x namanya akhawat.. betul x?? so, sebab dia perempuan la kita kene jaga diorang.. kalau bukan kita, siapa lagi??(ayat common).. kalau lelaki, x perlu nak jaga... hanya kerana dia wanita, kita kene jaga.. sbb tu ada lagu nasyid tentang wanita:



Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Buukan dari kaki untuk dialasi
Buka dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Enkaulah wanita hiasan duniawi



mudah-mudahan kita dapat letakkan kedudukan wanita pada tempat yang sepatutnya.. bukan letak pada tempat yang telalu tinggi atau terlalu rendah, tapi letak la pada tempat untuk dilindungi..


ana bukan nak menggalakkan para wanita untuk keluar malam.. tapi kalau diorang nak buat benda berfaedah(pergi kelas tafaqquh), apa salahnya hantar diorang.. kita juga yang dapat pahala.. bukan pahala kita menuntut ilmu je kita dapat, pahala diorang pun kita dapat sama sbb kita yang hantar mereka ke majlis ilmu.. banyak kot pahala.. x nak ke?? lagipun x baik perempuan jalan seorang diri malam2.. 



kita juga kan selalu doa nak dapat isteri solehah.. macam mana wanita nak jadi isteri solehah kalau zaman remaja dia x menuntut ilmu.. so, kita hantar je la akhawat pergi ke majlis ilmu.. mana tahu, dalam banyak2 yang kita hantar, ada jodoh kita.. kalau x yang kita hantar pun, mana tahu yg dihantar oleh org lain.. Allah tu kan Maha Adil..

Akhir kalam, AMBILLAH IBRAH DARI SIRAH... BUATLAH KERANA ALLAH..


P/S : kalau la kita ada kat rumah, ada ke patut kalau kita biarkan adik perempuan kita pergi kemana-mana seorang diri pd waktu malam?? kalau la kita ada kat rumah, ada ke patut kalau kita biarkan mak kita angkat semua barang2 waktu nak pindah rumah?? kalau la kita ada kat rumah, ada ke patut kalau kita buat x tahu je bila kakak kita ada emergency?? x patut.. kita mesti akan tolong mereka sebab kita sayangkan mereka.. begitu juga dengan akhawat, ahli keluarga mereka sayangkan mereka.. andai saja mak ayah mereka ada di sini,  sudah tentu mereka yg akan uruskan.. tp sayang, mereka tiada di sini.. siapa yang mereka ada..?? 

KITA la.. siapa lagi..??

_peringatan buat diri yang tidak memahami kenapa begini_


READMORE
 

Betul Ke Islam Semacam Itu??

hari ini..
terlalu ramai manusia mngatakan yang buruk tentang islam..
Islam ni susah la..
Islam ni jahat la..
Islam ni mengongkong la..
Islam ni terrorist la..
Islam itu la..
Islam ini la..
betul ke Islam semacam tu??

kadang2 mungkin kita berfikiran seperti itu..
kadang kita merasakan Islam itu payah..
biasa juga kita merasakan Islam itu mengongkong hidup kita..
namun..
 ia bukan la sebenar gambaran bg Islam..

cuba lihat pada seorang ayah yg menjaga anaknya dgn begitu teliti..
dia melarang anaknya melakukan segala benda yg boleh memudaratkan..
dia memberi anaknya ubat ketika sakit..
dia memberi pendidikan dan kasih sayang..
pada pandangan anaknya..
bapanya sangat mengongkong..
bapa ni payah la..
bapa ni out of the date la..
namun..
jauh di sudut hati bapa..
dia menginginkan anaknya bahagia tanpa sengsara..
kerana bapanya mengetahui apa yg terbaik buat anaknya..
begitu juga Allah..
Allah mengetahui apa yg terbaik buat manusia..
sebab itu la Allah bg Islam sebagai the way of life untuk manusia..
cuma manusia je yg suka cari another way for life..

gambaran Islam itu seperti satu bulatan..
lilitan itu sebagai sempadan..
sempadan dalam merupakan perkara yg islam halalkan..
sempadan luar pula merupakan perkara yg islam larang..
begitu baiknya Allah..
Dia benarkan kita bermain dalam bulatan itu sebebasnya..
tanpa ada sekatan..
tanpa ada bayaran..
cuma Dia selalu pesan..
jgn keluar dr sempadan..
bahaya..
tp..
hari ini ramai yg suka main kat sempadan..
adanya juga yg sengaja main kat luar..
buat yg bermain di luar..
di situ bukan tempat kamu..
awas!!

-peringatan buat yg di luar!!-
READMORE
 

Ada Ke Tidak??

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

hari ini..
kita ada nyawa..
kita ada harta..
kita ada dunia..
kita ada cinta..
kita ada anggota..
kita ada keluarga..
kita ada macam2 yg kita pinta..
namun..
ada x sekelumit syukur kita pada Yang Memberi??
apa la nak jadi dgn kita ni..
segalanya kita dapat..
kebahagian hidup dapat..
kesenangan hidup kita dapat..
kemewahan hidup pun kita dapat..
tp..
ada x sekelumit syukur pada Yang Memberi??
cuba tanya pada diri..
cuba tanya sekarang..
bukan apa..
takut x sempat pula nanti..
kita selalu memikirkan masa depan..
namun ada ke masa esok untuk kita??


-renungan buat diri yg merenung-

READMORE
 

Pendapat Aku Tentang Muhammad?

assalamualaikum w.b.t..


"nabi muhammad  diutus juz utk islam"

pnah dgr quote ni kt ceramah radio?tv?live?dlm perbualan?mesti pnah kn..at least mesti da bace kn ap yg ak tulis kt ats 2.ak rase sgt la btol .
kenape?
ok, nabi terima wahyu umo bpe?
40.
wafat?
63.
so kalo ak state dlm mase 23 thn islam so PERFECT.coz within 23 taun je islam da jdik kuase besaq dlm dunia then dalam khutbah last nabi ad gak statement mengatakan "hari ini ak telah sempurnakan agama islam... "means bile da perfect islam nabi pon wafat.allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ali muhammad.jelas kn? knape ad quote "nabi muhammad  diutus juz utk islam".

kite selusur riwayat hidup  nabi b4 jd nabi.

fikirkan pendapat ak ni.

kenape ALLAH turunkan nabi drpd org arab bukan org melayu or dll?
coz org arab ni sgt la kasar n biadab tp still org bley kate nabi muhd sgt la baik akhlaknya.
nk kate ap kt cni?
andai la ALLAH turunkan nabi dlm kalangan melayu, yg penentng  mesti wat statement "bese la org melayu baek coz mmg diorg tu pnoh dgn sopan santun.so x heran la...."so bile da org arab sdri mengakui nabi akhlaknya baik so memg sgt la baik.

ad x korang pnah dgr ckp nabi pengotor?busuk?jijik?
TIDAK PERNAH.
drpd ap yg ak nmpk ni la org arab sgt la selekeh sebab condition negare yg kotor dan berdebu.kencing merate.huh.no islamic value at all. so think about it. so sgt la obvious he is the right person utk bwk islam coz setiap tindakan  nabi muhammad mendapat perhatian pd lensa2 shbt. coz most of the time nabi bersame sahabat so kalo nabi  pengotor mestila diriwayatkan. tp TIADA pon diceritakan even musuh islam pon x pnah state nabi pengotor.

kenape ALLAH x turunkan nabi  drpd org kaye ?
nti akn ad la statement "ala ISLAM 2 utk org kaye je tgok la nabi diorg pon kaye.."nmpk x?so bile da ISLAM di turunkn kt org yg tidak berkedudukan or kaye so ini menunjukkan islam bukanla agame yg susah coz org yg bertaraf hamba pon boleh masok syurga. cthnya bilal bin rabah. so kite insya allah akn masok.AMIN.

kenape rasulullah (ummi) buta huruf?
boleh je allah jadikan nabi sgt hebat menulis membace n mengeja tp kenape tidak?kerana ALLAH ad perancangan yg sgt hebat coz ALLAH la sebaik baik perancang. krn DIA nk turunkan stu kitab yg mane ia adalah suatu kitab yg sgt hebat yakni ALQURAN. okayla cthnya macam spm la. mamat(bukan nama sebenar) telah berjaye mendapat title pelajar terbaik msia dan telah mendapat str8 a+ dalam 45 subjek yg diambilnya.mesti org kate "ala mmg la mak,bpk, abg, akk,pakcik, makcik,sepupu,tokwan n nenek sume cikguuu..x heran la.."tp kalo mamat berjaye without blaja study even skali pon mesti ad org state "pergh gempak seyh... cner ek dy bley skor?"then akn ad la wartawan menemu ramah mamat dan buku bertajuk MAMAT PELAJAR BIJOK akn menjadi bestseller sepanjng abad dgn jualan sebanyak 900 juta naskah terjual dlm sejam n so on..tp akn ade gak suare2 sumbang ckp"magik kot xpon kabel besar or maybe dye jumpe dukun kot n blablablablaaa.."cam 2 la situasi yg nabi hadapi ad yg menerime n menolak..

so nmpk x kenape org kate
  "nabi muhammad  diutus juz utk islam"
actually  ats 2 juz soklan2 yg simple about nabi muhammad n peribadinya serta latar blkg.

"tidak AKU ciptakan engkau (wahai muhammad )kecuali utk menyempurnakan akhlak yg luhur.

 contohnya kalo kite nampak sebuah ferrari merah lambang kude berkilat lalu depan kite mesti kite ckp "mesti org 2 kaye.." mcm 2 jugak islam n nabi muhammad bile kite nampk peribadi cantik so kompem2 la islam itu cantik kerana nabi mengikut acuan ori drpd islam n kereta ferrari merah lambang kude hasil drpd org yg kaye. same la 2. tp x mustahil yg bwk kete ferrari merah lambang kude adelah org miskin. tp sgt la pelik dan heran, namun, ingat x mustahil jugak kete yg sgt burok xde side mirror n pintu dibawa oleh jutawan. fikir2kn.  

so kalo org ckp islam x perfect think about it again and again and again."think using ur heart" kate lecturer kt mesir.

 p/s: sori le kalo pnjg sgt tulih n campor2 bahse.maap.
written by,
nottheownerofthisblog
READMORE
 

Bergerak Dari Statik..

lama aku termangu..
jariku kaku..
lidahku kelu..
jiwaku celaru.
fikiranku berdebu..
kalamku merapu..
semuanya haru..
hidup tanpa ilmu..
amalan pun ntah ke mana tuju..
rupanya aku tertipu dgn alam yg palsu..

lama sungguh aku sendiri..
terlalu statik berdiri..
memandang kepada perkara yg tidak pasti..
kini aku tersedar..
hidupku mati..
kamus perjuangan lama ku tinggalkan..
kemanisan ukhuwah lama kusimpan..
frasa2 dakwah lama ku abaikan..
ibadah padaMu kuambil ringan..


aku perlu pertolongan..
semakin hari kurasakan semakin jauh..
tenggelam dalam gelombang nafsu..
terumbang ambing dilanda badai kemewahan..
tumpas dipukul ribut kemasyuran..
hinggakan aku lupa siapa aku..

ya Allah..
aku kembali padaMu..
dengan hati yg baru..
memulakan episod satu..
perjalanan sang perindu..
kepada CINTA YANG SATU..
....

READMORE
 

Ini Bukan Cerita Cinta Biasa..

Ini bukan cerita cinta biasa
saat aku rasa dunia tidak menyebelahi aku
buntu..
ke mana hendak lari, hendak bersembunyi




bahagia..
sebenarnya di mana??

sorang kawan aku cakap..
hidup ni bahagia bila..
kita tip top dalam study..
nanti raammmaaai orang suka kita..
tapi..
kenapa aku selalu tengok dia seorang diri??

kawan lain pula cakap
hidup ni bahagia bila..
bila kita ramai teman
lagi-lagi kalau ada yang istimewa
korang pernah rasa tak??
bahagia ke ek??
tapi..
kenapa selalu aku nampak dia menangis??



orang ramai cakap kat aku pula
hidup ni bahagia bila..
bila kita buat apa yang kita suka
dengar lagu..
main bola..
melepak..
online..
masa pun terisi
tapi..
kenapa mereka tetap mengeluh bosan??
betulkah hidup cuma sekadar ini??


makan..



tidur..


Terkaku saatku tahu
hidup ini..
bukan sekadar 'hidup'
cinta yang dikurnia bukan cuma untuk aku
harta ini juga buka sepenuhnya miliku
malah hati..
hati juga sekadar pinjaman sahaja
hati ini hidup kerana Allah
tunduk dan harap hanya pada-Nya

sungguh solatku..
ibadahku..
hidupku..
matiku..
hanya untuk Dia..

persoalanku sudah terjawab
semuanya berbalik pada Allah
hati puas saat tahu berpaut itu hanya pada Allah
hidup indah tak keseorangan bila sedar Allah sentiasa menemani
jiwa merasa cukup bila Allah memujuk, bila Allah berjanji

kerana aku tahu..
cerita cinta aku..
bukan cerita..
CINTA BIASA..



 copied from video..http://www.youtube.com/watch?v=p96TcW4oCAY

READMORE
 

Hari Raya.. Jangan Sampai Ternoda..



takbir bergema..
sayu rasanya..
terasa ingin menulis tinta..
buat semua peminat setia..
ceh.. (tersenyum bangga)
menggelepar je bunyinya..
biarlah apa orang kata..
yang penting bahagia..
...
ramadhan berlalu pergi..
syawal pula yang mengganti..
jaga la diri..
kerna masing2 sudah keluar dari 'universiti'..
berbeza situasi..
...
pesanku pada semua..
jangan hari2 mu ternoda..
dikotori debu dosa..
biarkanlah ia dihiasi ceria..
dgn cantiknya pahala..
moga nanti mampu tersenyum manja..
di hadapan Raja Segala Raja..
...
di kesempatan ini..
kumenyusun sepuluh jari..
mohon kemaafan dari hati..
atas semua kesilapan diri..
dari saat mula perkenalan hingga hari ini..
kerna aku ini insan yang tidak sunyi..
dari dosa dan kesilapan walau seinci..
...
akhir kata..
moga berjumpa lagi..
tidak di sini..
di sana nanti..

"senyumlah kerna aku pasti tersenyum melihat senyumanmu.. berbahagialah kerna aku bahagia melihat kau bahagia.."


READMORE
 

Padamu Ku Bersujud..

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

pada-MU

banyak yang kita lalui..
namun tak banyak kita rujuk kat Allah..
semuanya ikut rasa..
bila senang kita lupa..
bila masalah x selesai baru la nak jumpa Allah..
lpas ni bila ada masalah..
minta la kat Allah jalan keluar..
mesti ada punya..
yang penting mesti la bertaqwa..

"sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)"
( at talaq :2 )

sesudah kesulitan pasti ada kemudahan..
setelah titisan airmata pasti ada senyuman..
setelah malam pasti ada siang..

sesungguhnya..
awan kelabu kesedihan pasti berlalu..
pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap..
segala masalah pasti teratasi..
segala bencana pasti akan berakhir..
dengan izin Allah..

maka..
perkara yang penting..
hendaknya anda tidak merasa gagal dan kecewa..
kerana sejarah tidak pernah mengenal kata2 terakhir..
kerana akal tidak pernah mengenal penghabisan sama sekali..
tetapi..
yang dikenal hanyalah usaha dan pembaikan..

"kulihat kebahagiaan bukan milik orang yang berharta banyak, melainkan kebahagiaan itu hanyalah milik orang yang bertaqwa.."
-dr aidh al qarni-
READMORE
 

Berdepan Kesilapan.. Satu Cabaran..


kenapa sedih je??
ada buat salah??
biasa la tu..
selagi namanya manusia..
x terlepas buat silap..
yang penting..
jika tahu kita silap..
cepat2 bertaubat..
sebab itulah sebaik-baik org yg melakukan kesilapan..

Manusia lumrah melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat.
(HR Ahmad dan At Tirmizi)

hari ini..
terlalu ramai org berilmu..
mengatakan dirinya hebat..
terlalu ramai org berdakwah..
mengatakan dirinya mulia..
terlalu ramai org berjemaah..
mengatakan dirinya terpilih..
namun..
berapa ramai org berilmu..
berapa ramai org berdakwah..
berapa ramai org berjemaah..
mengaku salah..
terlalu sedikit..
...
mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yg sedikit..
golongan yang sedikit??
kenapa pula??
sebabnya..
pernah suatu ketika..
seorang badwi berdoa di hadapan kaabah..

'ya Allah, ya Tuhanku.. jadikanlah aku dari golongan yang sedikit'

saidina Umar terdengar lantas bertanya..

'ramai orang meminta yang banyak.. tp saudara minta yang sedikit.. kenapa??'

arab badwi itu mengatakan ianya terdapat dalam al Quran..

"Dan sedikit sahaja dari hamba-hambaKu orang-orang yang bersyukur"
(surah saba' 34:13)

maka jadilah golongan yang sedikit..
cuma..
ingatlah kata2 ini..

" orang yang beribadah kerana mengharapkan redha Allah sekalipun dgn cara yang benar tetap tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.. ini kerana dia hanya manusia biasa, bukan malaikat.. kadangkala mencari dan meperbetulkan kesilapan diri itulah paling sukar untuk dilakukan.."

kesilapan semalam..
serahkan kepada Tuhan sekelian alam..
kerna Dia saja yg ada hak memadam..
maka pintalah sebagai khadam..
...
...

READMORE
 

Biarkan Aku Sendiri Koreksi Diri..


lagu yiruma berkumandang..
lama aku termenung..
kulihat sekelilingku riang..
namun hati hatiku seakan hilang..
suasana yang kurasakan tenang..
semuanya mula gersang..
dadaku berombak kencang..
kurasakan petanda akan datang..
kenapa??
ntah la..
rasanya aku bersalah..
sering menuturkan kata2 dakwah..
namun alpa laksanakan qudwah..
maafkan aku ya Allah..
...
tp..
bersalahkah aku??
hatiku terpaku..
...
muncul satu suara..
dari sudut paling mulia..
lantas ia berbicara..
dgn nada sederhana..
...

' mana mungkin kamu kata kamu benar.. sikapmu menyebabkan ada manusia bencikan islam.. adakah itu tidak bersalah..?? '

aku pun menjawab longlai..

' ya.. aku sedar aku bersalah..'

....
aku rasa..
jalan yg perlu aku kembara sudah tiba..
bukan jalan lama..
tapi tujuan yang sama..
bukan apa..
benda yg org benci..
pasti tidak mahu dilihat lagi..
maka biarlah aku ambil jalan ini..
dan dia ambil jalan yg berbaki..
...
jalan yang aku susuri..
tanpa dirimu disisi..
bukan untuk menghabisi..
sekadar untuk menjauhi..
untuk aku mengubah persepsi..
persepsimu terhadap diri ini..
satu yg perlu kau ketahui..
aku tidak pernah membenci..
walau seinci..
kerna aku mengharap setulus hati..
kasih abadi..
cinta hakiki..
dari Ilahi..
...

"kalau la diri kita kotor hingga tidak disukai seseorang.. maka apakah yg perlu dibuat?? bagiku.. aku perlu menjauhi org yg membenciku.. supaya lebih tenang hidupnya.. biarlah sedikit demi sedikit aku membersihkan kotoran.. bila tiba masanya aku sudah bersih.. aku pasti bertemu dgnmu.."

READMORE
 

Betul Ke Aku Berilmu??

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH



assalamualaikum..
lama x bertanya khabar..
antum semua sihat??
baguslah klu sihat..
mudah-mudahan sihat zahir dan batin..
yela..
apa guna sihat luar..
tp dalam sakit dan rosak..
ibarat macam sebiji limau..
luar nampak ok..
tp bila buka..
macam2 jenis ulat keluar..
rasa2 antum..
ada ke org nak dgn buah tu??
sbb tu ana nak pesan..
jadilah seperti buah yg elok dalam dan luar..
pasti ramai yg suka..
...
hari ini..
ramai org mengatakan dia berilmu..
betul ke??
ntah la..
..
bagi ana..
setinggi mana pun ilmu dia..
walau sampai PHD sekalipun..
biarpun bertaraf DR atau IR..
berapa tebal sekalipun buku yg mereka ada..
tidaklah mereka itu dianggap org berilmu..
selagi mana hukum Allah mereka berani langgar..
perasaan takut x de langsung..
bukan apa..
cuba lihat firman Allah..

"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah para ulama"
(QS Fathir: 28)

hanya org berilmu sahaja yg takutkan Allah..
maka sesiapa yg mengatakan ilmunya tinggi..
namun solat masih tinggal..
puasa ntah kemana..
maaf..
kalian bukanlah org yg berilmu..
ilmu kalian itu sedikit pun tidak membawa kenal kepada Allah..
kalian sekadar manusia yg bermaklumat..
sama seperti abu jahal..
macam2 dia tahu..
perihal jual beli dia tahu..
perihal perang dia tahu..
hingga menjadi org besar mekah..
namun bukan la dia itu org berilmu..
adakah kita seperti abu jahal??
...
cuba kita renung kembali..
berapa lama dah kita menuntut ilmu..
bertambah x ketakutan kpd Allah??
fikirkan..


-peringatan buat diri yg mengaku berilmu-

READMORE
 

Di Mana Bezanya!!!


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..

ramadhan makin berlalu..
namun di mana kamu??
adakah lebih baik??
ataupun terbalik??
renungkanlah dengan hati..
agar kamu memahami..
...
hari ini kamu berada di bulan mulia..
tapi kenapa masih seperti bulan sebelumnya??
kalau dulu kamu tidak menjaga mata..
adakah kamu kamu masih melakukan perkara yang sama??
kalau dulu kamu banyak lakukan yang sia2..
adakah kamu ingin terus alpa??
kalau dulu kamu begitu..
adakah sekadar disitu??
...
berubahlah wahai diri..
sedarlah dan mendalami..
kamu itu hamba abdi..
...
jika engkau memahami erti hari ini..
sudah pasti engkau akan syukuri..
segala nikmat yang kau kecapi..
...
namun..
hampa..
lupa..
alpa..
leka..
begitulah dirimu sekarang..
...
lakukanlah perubahan..
jadikan hari ini lebih baik dari semalam..
hari ini yg terbaik untukmu..
dan esok lebih baik dari hari ini..


-peringatan buat diri-
READMORE
 

Aku Sempat Melihat Ramadhan!!


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

detik yg kutunggu tiba..
doaku bertemu ramadhan diterima..
aku sempat melihat ramadhan..
namun sampai bila??
mungkinkah sampai hujungnya??
aku mohon ya Allah..
sampaikan la aku kepada keseluruhan ramadhan..
andai ini ramadhan terakhir..
aku pohon..
sebaik sahaja aku meninggalkan ramadhan..
diriku bergelar muttaqin..
aku berharap padamu ya Rahman..
kerna diriku lemah..
tidak ada apa yang bisa kulakukan tanpa izin-Mu..
aku hina..
terlalu banyak dosaku..
maka aku mohon ya Allah..
jadikan la ramadhan ini yg terbaik untukku..
agar aku ada bekal berjumpa dgn-Mu..
satu yang kupinta..
perkenankanlah doaku..
wahai Tuhan Yang Mendengar..
...
....
.....
READMORE
 

Ramadhan Tiba.. Bersediakah Kita??


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..

assalamualaikum..
apa khabar semua??
sihat??
bagus la kalau sihat..
yang penting kene ingat ni..
walau kita sihat atau sakit..
jangan la lupa kat Allah..
...
pejam celik.. pejam celik..
ramadhan semakin hampir..
walaupun semakin hampir..
dapat ke kita merasai ramadhan kali ini??
bukan apa..
mana2 pergi ada je org mati..
mana tahu lpas ni time kita pula..
moga2 Allah sampaikan kita kepada ramadhan..
...
ramadhan tiba..
kita bagaimana??
dah bersedia??
..
bukan apa..
klu dulu..
bila datang je ramadhan..
sahabat gembira sangat..
semuanya fikir nak ibadah dan islah..
tp kita bagaimana??
...
teruk kan kita ni..
peluang besar depan mata..
kita masih x rasa apa2..
sedikit persediaan pun x de..
...
knapa kita x rasa hebat ramadhan??
mungkin sbb kita dah gelap dgn dunia..
hingga kita merasakan dunia la sgalanya..
...
klu la kita mengetahui tujuan ramadhan..
pasti tersenyum..
gembira melihat ramadhan..
kerana ramadhan adalah madrasah taqwa..
renungkan..

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (2:183)

so..
bersiap sedia la untuk mencapai tujuan ramadhan..
cuba muhasabah diri..
"aku ni dah sedia ke belum??"
klu belum..
buat la preparation selagi ada masa..
sekalipun x sempat bertemu ramadhan..
sekurang2nya kita ada hujah nnti depan Allah..
bahawa kita nak sangat jumpa ramadhan..
...
yg paling penting..
jadikan ramadhan kali ini..
ramadhan terbaik..
moga kita menjadi golongan yg bertaqwa..


-peringatan buat diri yg bakal bertemu ramadhan-
READMORE
 

Apa Kita Ada??


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

alhamdulillah..
setelah sekian lama menyepi..
akhirnya page ini mula terisi..
perjalanan hari2 yg begitu sibuk..
masih teringin untuk mengetuk..
hati2 yg perlukan sentuhan..
agar kenal siapa TUHAN..

bermula tinta kali ini..
dengan satu persoalan asasi..
apa kita ada??

kalian boleh jawab apa sahaja yang kalian ada..
namun..
hanya satu jawapan je yang ana inginkan..
jawapan yang meliputi segala jawapan..
apa kita ada??

kadang kita tidak sedar..
rupanya kita ada segalanya..
kemenangan kita ada..
kekalahan pun kita ada..
kaya kita ada..
miskin pun kita ada..
susah kita ada..
senang pun kita ada..

kenapa??
sebab kita ada Allah..
sebab kita ada Allah..
sebab kita ada Allah..
Allah ada segala-galanya..
so..
kenapa perlu takut??
kenapa perlu sedih??

"...Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita..." (at taubah 40)

jadi..
pastikan Allah bersama kalian..
pasti kalian ada segalanya..


-peringatan buat diri yang ingin segalanya-
READMORE
 

Cuba Jawab.. Kenapa Nak Nikah??


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


alhamdulillah..
setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan..
masih lagi diberi ruang dan peluang..
untuk terus menulis dan menulis..
mudah-mudahan tinta kali ini..
mampu menyentuh hati2 yg inginkan cinta abadi..
moga kita ketemu cinta itu..

antum sedar x..
sejak kebelakangan ini..
pergi ke sana ada kerja kahwin..
pergi ke sini ada cerita pasal nikah..
kesimpulannya..
ramai yg ingin menikah..
tp persoalannya..
kenapa nak nikah??

bila ditanya soalan sebegini..
ramai yg jawab..
nak dapatkan anak..
nak ramaikan zuriat nabi Muhammad..
ok..
klu itu la tujuan nikah antum..
ana nak tanya la..
adakah nikah itu sekadar untuk melahirkan zuriat??
habis..
lpas dapat zuriat nak buat apa??
cerai??
maka ramai yg terdiam..

soalan kenapa nak nikah ditanya lagi..
ramai juga yg memberi respon..
mereka menjawab..
untuk menghalalkan yg haram..
ok..
skali lagi klu itulah tujuan antum nikah..
ana nak tanya la..
adakah nikah ini sekadar mahu pegang2??
habis pegang2 maka apa lagi??
adakah sampai situ sahaja tujuan nikah antum??
begitu mudah dan rendah martabat nikah yg antum letakkan..

antum kene tahu dan yakin..
sesungguh Islam ini cantik..
setiap yg ada dalam Islam ini..
bergantung kepada maqasid dan tujuan tersendiri..
kenapa Islam suruh nikah??
kenapa Islam ada jual beli??
kenapa Islam ada politik??
kenapa Islam ada tarbiyah??
kenapa Islam menghukum penjenayah??
persoalan2 sebegini antum akan dapat jawab dgn mudah..
sekiranya antum memahami maqasidnya..

so..
kenapa nak nikah??
jawapannya mudah sahaja..
'syurga'
jadi, untuk dapat syurga..
we need..
'to give'
kerana nikah adalah medan untuk memberi..
isteri memberi ketaatan kepada suami..
suami pula memberi keredhaan keatas isteri..
seandainya pemberian ini berlaku..
kalian akan bercinta sampai syurga..
itulah yg abadi buat kalian..

moga kalian semua lebih memahami tujuan sebuah pernikahan..
agar terarah kalian kepada matlamat sebenar..


-sekadar peringatan buat diri yg ingin bercinta sampai syurga-

READMORE
 

Adakah Perjalanan Masih Jauh..??


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

hari berganti hari..
minit berganti minit..
detik berganti detik..

masa tetap bergerak..
sampai bila??

rasanya macam dah terlalu lama kat atas bumi Allah ni..
sampai bila perjalanan ini..
adakah ia masih jauh??

huh..
masih jauh perjalanan menuju syurga abadi..
ya..
memang benar perjalanan utama kita masih jauh..
tapi..
kalian perlu sedar..
perjalanan kalian atas muka bumi ini..
hanya tinggal sedikit masa lagi..
boleh jadi esok..
dan boleh jadi sekarang..

maka..
sebelum kalian menamatkan perjalanan kalian di daerah bumi..
dan meneruskan perjalanan ke daerah yang lain..
kutiplah sebanyak mungkin bekalan..
supaya lancar menempuh permusafiran yg jauh..


-peringatan buat diri yang berjalan jauh-


READMORE
 

Bagaimana 'Perjalanan' Yang Ingin Dilakar??

bismillahirrahmanirrahim..


kita..
siapa kita??
bagaimana ada kita??
ada apa dgn kita??
apa matlamat kita??
sampai bila ada kita??
ke mana kita??

kita seringkali buat program untuk adik2..
macam2 aktiviti ada..
macam2 tugasan kita bagi..
ada yg sedih..
ada juga yg gembira..

tp pernah x kita terfikir??
rupan-rupanya kita pun tgh dalam program..
ada tugaasan yg perlu kita selesaikan..
tp x ramai yg sedar..

kita diberi satu tugasan..
satu tempoh perjalanan..
kita diminta berjalan dan berjalan..
setiap detik perjalanan diambil markah..

persoalannya..
apakah yg akan kita lakukan??
sekiranya kita tahu..
di akhir perjalanan nnti..
setiap markah akan dihitung..
dan..
kita kan dikelompokkan mengikut markah..

maka..
fikirkanlah..
perjalanan yg bagaimana yg ingin kita lakar??


-peringatan buat diri yang berjalan-

READMORE
 

Begin With The End In Mind..


DENGAN NAMA ALAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

bersyukur kehadrat ilahi..
masih lagi dikurniakan hati..
moga2 menjadi hati yg sentiasa suci..
agar jasad yg berdiri..
setiap masanya berbudi..
insyaallah..

Ketahuilah bahwasanya dalam jasad (manusia) ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik maka akan baiklah semua jasad manusia. Akan tetapi apabila segumpal daging itu rusak, maka akan rusaklah seluruh jasad manusia. Ketahuilah (oleh kalian), bahwa segumpal daging itu adalah qalbu ” (HR Muslim).

dalam setiap derapan kaki..
sudah pasti adanya destinasi..

dalam setiap perkara yang dilakukan..
sudah pasti adanya tujuan..

dalam setiap permulaan..
sudah pasti adanya pengakhiran..

jadi..
untuk sampai ke destinasi..
perlunya misi dan visi..
bukan hanya sekadar fantasi..
atau bermain dgn ilusi..
barlah ianya realiti..
berpijak nyata di bumi..
agar kehidupan bererti..
bukan hidup yang mati..

maka jelaskan la matlamat yg ada..
pastikan ada permulaan dan pengakhiran dalam minda..
agar sentiasa berada di landasan taqwa..
demi mencari redha YANG MAHA KUASA..
supaya kekal abadi di syurga..
itulah penamat kita semua..
insyaallah bertemu disana..


-peringatan buat diri-

READMORE
 

Kenapa perlu...??


assalamualaikum..
semua nak dgr cerita x??
bukan apa..
sejak kebelakangan ni..
tiba2 je ana jadi pegawai perunding hati..
kerja apa tu??
ada la..
secret..
hehe..
suatu hari..

kenapa ni sahabat??
ada masalah ke??
ceciter..
ana cuba dengar..
klu boleh tolong ana tolong..

hmm..
sebenarnya..
ada ckit masalah..
masalah hati..

masalah hati??
macam teruk je..
x pe ana faham..
fitrah lelaki..
macam ni la..
ana nak pesan ckit..

kaya tidak semestinya bahagia..
berharta tidak semestinya gembira..
suka tidak semestinya cinta..

so..
kenapa perlu gundah gulana??
kenapa perlu sesak dada??
kenapa perlu rindu sentiasa??

bahagia ke begini??
hidup dgn berjaga-jaga..
menjaga perwatakan dihadapan si dia..
mulut berzikir nama si dia..
hati diselubungi si dia..
berjalan nampak si dia..
makan kenangkan si dia..
tidur ingatkan si dia..
sentiasa mencari titik persamaan dgn si dia..
apakah ini hidup bahagia??

siapa si dia??
milik kamu ke??
dah pasti ke milik kamu??

BELUM..

klu belum..
kenapa perlu resah??
kamu resah untuk apa??
resah ini hanya sia2..
tinggalkan la resah yg ini..
cuba la untuk hidup bahagia..
hati ini pinjaman untuk kita..
gunakanlah sebaiknya..
jgn biarkan tercemar..
takut2 x terjawab di hadapan PEMILIK hati ini..

buat masa ni..
belajar la untuk jadi lebih baik..
agar dapat yg lebih baik dari si dia..


-peringatan buat ada masalah dgn si dia-

READMORE